Perihal Flag Part 3(Katak Ikut Arahan)
Sebelum ni kita faham JMP iaitu JUMP atau lompat berfungsi. Jadi apa kaitannya? Segalanya berkaitan dengan arahan CMP. Sebagai contoh mula: CMP AX,5 JE mati JMP mula mati: Jika anda memahami post yang sebelum ini mengenai uncondition jump( JMP ) anda pasti faham JMP mula bermaksud apa. Sila rujuk ilustrasi dalam pos terdahulu mengania JMP . Untuk meneruskan pemahaman kita. Anda tertanya apa dia JE ? JE atau Jump Equal bermaksud arahan untuk melakukan operasi sama seperti JMP tetapi dengan syarat AX = 5 . Walau bagaimanapun dalam Pos yang sebelum ini telah dinyatakan bahawa CMP serupa dengan SUB di mana nilai kiri akan ditolak dengan yang kanan. sebagai cth: SUB kiri, kanan sama dengan kiri=kiri-kanan SUB AX, 5 sama dengan AX=AX-5 perbezaan SUB dengan CMP adalah SUB mengubah nilai sebelah kiri tetapi CMP tidak. Walaubagaimanapun kedua-duanya akan mengubah nilai flag. Seperti contoh yang tadi iaitu: mula: ;label mula CMP AX,5 ;Lakukan perbandingan sila rujuk Perihal Flag Pa...