Perihal Flag Part 2(Lompat Si Katak Lompat)

Sekarang kita tau apa yang berlaku pada Flag semasa operasi Compare(CMP).
Dari sudut bahasa Compare bermaksud Banding. Oleh itu:
CMP AX,2 bermaksud Bandingkan AX dengan 2
CMP kiri, kanan bermaksud Bandingkan kiri dengan kanan.

Seperti yang kita fahami dari artikel yang sebelumnya(Perihal Flag Part 1):
Flag berubah kalau kita Compare(CMP) atau Subtitute(SUB). JUMP(JMP,JE, JB, JG, JGE, JBE) bergantung dengan flag.
Apa gunanya JUMP? Untuk melompat la dari satu 'Label' ke 'Label' yang lain.

Unconditional Jump

Pertama sekali, kita kena faham konsep unconditional JUMP yang menggunakan arahan JMP.

bentuk asas arahan JMP adalah seperti di bawah.
JMP Label
Label: (operasi)

dibawah adalah ilustrasi bagaimana arahan JMP berfungsi

Pertama,

0. JMP pergi ke Label

1. Dalam 'Label' ada arahan JMP ke 'Mahmud'

2.Pergi ke 'Mahmud', dalam ada arahan JMP ke 'Ali'

3.Berakhir dekat 'Ali' sebab takde arahan JMP.

Paham tak?

Comments

Popular posts from this blog

Perihal Flag Part 1(CMP dan SUB)

Contemplating Nothing